fbpx

Kerajaan pantau pemain industri ayam kaut keuntungan melampau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee (tiga dari kanan) meninjau pusat jualan Bismi Empire Sdn. Bhd. setelah mengadakan pertemuan dengan penternak terlibat di Simpang Empat Kangkong, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan memberi amaran kepada pemain industri ayam supaya tidak sewenang-wenangnya menjual bahan bahan mentah itu pada harga terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna selepas berakhir skim harga maksimum ayam pada 30 Jun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pihaknya akan memastikan harga jualan ayam adalah munasabah dan tidak mempunyai elemen keuntungan melampau.

“Harga ayam apabila diapungkan nanti pasti akan melebihi harga kawalan RM8.90 sekilogram dan mungkin akan mencecah sama ada RM10, RM11 atau lebih yang mana harga akan ditentukan mengikut pasaran.

“Kerajaan bagaimanapun akan terus memantau agar tidak ada elemen keuntungan melampau daripada mana-mana pihak dalam industri. Kita tahu berapa harga ayam di ladang sekilogram dan semua kos termasuk kos input,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar setelah mengadakan pertemuan dengan syarikat penternakan dan pengeluaran, Bismi Empire Sdn. Bhd. di kilang memproses ayam di Simpang Empat Kangkong di sini hari ini.

Akhbar melaporkan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menjangkakan harga ayam akan mencecah lebih RM10 sekilogram selepas berakhirnya skim harga kawalan maksimum dan pemberian subsidi kepada penternak pada 30 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI