fbpx

Bekas banduan didakwa tiga pertuduhan pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fahmy (depan) menghadapi tiga pertuduhan memecah rumah dan satu pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan di Mahkamah Majistret Marang hari ini.

MARANG – Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memecah masuk rumah dan pengambilan dadah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Fahmy Osman, 29, membuat pengakuan tersebut sebaik kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pauh, Hulu Terengganu dan mencuri 29 barangan kemas berupa gelang emas, rantai, cincin, loket, ‘beads’ dan ‘charm’ emas serta wang tunai RM1,000 pada pukul 1 pagi, 2 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memecah masuk sebuah rumah lain di Jalan Tanggol Butut, Hulu Terengganu dan mencuri 11 barangan kemas berupa gelang, loket dan cincin emas serta wang tunai berjumlah RM1,000 pada pukul 1 pagi, 28 Mei lalu.

Mohd. Fahmy turut menghadapi satu lagi pertuduhan memecah masuk sebuah rumah lain di Bukit Tok Bat, Hulu Terengganu dan mencuri dua bentuk cincin emas dan wang tunai berjumlah RM3,020 pada pukul 7.30 pagi, 9 Mei lalu.

Tertuduh juga dituduh memasukkan dadah di badan badan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! 7 Jun lalu melaporkan seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara bagaikan tidak serik apabila membentuk kumpulan pecah rumah bersama kakak dan abang iparnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI