fbpx

Tujuh motosikal musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terbakar awal pagi tadi.

GOMBAK – Tujuh motosikal yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan Flat Taman Samudera musnah dalam kebakaran, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.25 pagi sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan deretan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan mendapati tiga motosikal musnah 100 peratus manakala baki motosikal lain musnah 10 hingga 70 peratus.

“Kebakaran berkenaan tidak melibatkan struktur bangunan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Operasi ditamatkan pada pukul 6 pagi dan siasatan berhubung punca serta jumlah kerugian masih dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI