fbpx

Bergaduh akibat kereta sewa, lima lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Kereta sewa gagal dipulangkan menjadi punca pergaduhan lima lelaki dalam kejadian di Tapak Pasar Pagi, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Indah, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis sedang membuat rondaan sebelum menerima maklumat berhubung pergaduhan sekumpulan lelaki pada pukul 12.35 pagi.

“Setibanya di lokasi, terdapat lima lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki sedang bergaduh.

“Salah seorang suspek juga mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian muka termasuk dahi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah akibat kereta sewa gagal dipulangkan kepada pemilik.

Susulan itu, polis telah memberkas lima individu berkenaan yang merupakan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 41 tahun.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI