fbpx

Terima kasih PDRM jaga aku dengan baik – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz menitipkan ucapan terima kasih buat anggota PDRM IPD Sentul kerana menjaganya dengan baik sepanjang direman.

PETALING JAYA – Selepas meruntun hati banyak netizen menerusi video mengubat rindu bersama anaknya, Jebat Jayde, pelakon sensasi Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan penghargaan buat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menjaganya dengan baik sepanjang ditahan reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur sejak 18 Jun lalu.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, dia dijaga dan dididik dengan baik sepanjang tempoh tersebut.

“Terima kasih buat semua anggota PDRM yang berurusan dan menjaga aku dengan baik serta telus.

“Aku sedih berpisah dengan orang yang sentiasa menjaga dan mendidik aku di sana. Terima kasih tuan-tuan, anda tahu siapa anda,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory malam tadi.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Jebat itu turut memuat naik foto lakaran bangunan IPD Sentul.

Semalam, bekas abang ipar Neelofa itu dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, pada Khamis lalu.

Sharnaaz juga bakal mengadakan sesi sidang media bagi meleraikan semua persoalan dan spekulasi berkaitan kes tahanan remannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI