fbpx

Ulat super selesai masalah plastik global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ULAT super yang memakan plastik sebagai sumber makanan dikatakan dapat membantu melestarikan alam sekitar untuk jangka masa panjang.

KEWUJUDAN ulat super pemakan plastik dikatakan mampu menyelesaikan masalah sisa plastik global, sekali gus menyelamatkan bumi daripada terus tercemar.

Berdasarkan laporan dipetik dari Scientific America, ulat itu yang dikenali sebagai zophobas morio boleh hidup walaupun hanya diberi makan polisterin atau lebih dikenali sebagai styrofoam.

Penyelidik dari Universiti Queensland, Australia, Christian Rinke berkata, ulat itu boleh hidup selama tiga minggu dengan pengambilan makanan berbeza.

Dalam penyelidikan yang dibuat, sekumpulan ulat diberi makan dedak gandum, manakala satu lagi kumpulan hanya diberi styrofoam dan yang lain tidak diberi makan.

“Hasilnya, sembilan daripada 10 ekor ulat yang diberi makan dedak gandum membesar dengan baik.

“Ulat atau larva yang diberi makan plastik menghasilkan pertumbuhan yang sedikit di bawah kumpulan itu, tetapi tetap membesar daripada yang tidak diberi makanan.

“Dua daripada tiga ekor ulat yang diberi makan plastik membesar dengan baik,” katanya.

Ini bermakna, walaupun styrofoam bukanlah makanan yang baik untuk ulat, tetapi ia masih boleh menyerap nutrien daripada bahan itu dan menggunakannya sebagai tenaga untuk membesar.

Menurut Rinke, hal itu berlaku mungkin disebabkan hubungan simbiotik antara ulat super itu dan bakteria ususnya.
Ujarnya, ulat pada asasnya mengoyakkan plastik supaya bakteria boleh memecahkannya kepada molekul lebih kecil agar mudah dihadam.

“Penyelidik perlu menentukan enzim bakteria yang digunakan mikrob usus ini yang dapat memecahkan polisterin.

“Ia akan menjadi kunci bagi proses kitar semula secara besar-besaran pada masa depan,” katanya.

Tambahnya, proses untuk mengenal pasti enzim ini memerlukan penjujukan genom organisma dalam usus ulat.

Dengan menggunakan metagenomik, penyelidik dapat mencirikan semua gen dalam mikrobiom ataupun pencernaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI