fbpx

107,844 individu terima dos penggalak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat semalam, seramai 107,844 individu telah menerima dos penggalak kedua.

“Daripada jumlah keseluruhan, seramai 57,834 adalah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas telah menerima dos penggalak kedua iaitu dos keempat,” katanya menerusi sidang akhbar khas hari ini.

Tambah Khairy Jamaluddin, pihaknya sekali lagi menyeru serta menggalakkan individu berusia 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi untuk segera mendapatkan dos penggalak kedua dan dos penggalak.

“Bagi mereka yang dah berusia serta mempunyai penyakit kronik disarankan untuk dapatkan suntikan dos penggalak kedua ini dengan segera.

“Setakat hari ini, tiada sebarang laporan yang diterima mengenai kesan sampingan serius berhubung suntikan dos penggalak kedua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI