fbpx

Signal makhluk asing dikesan teleskop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TELESKOP FAST milik Beijing berjaya merakam sejumlah signal unik yang turut dikatakan datang daripada makhluk asing.

PAKAR astronomi dari Universiti Beijing, China mengesan sejumlah signal yang mungkin merujuk kepada teknologi dan kehidupan ekstraterestrial makhluk asing.

Isyarat itu dirakam teleskop Five hundred meter Aperture Spherical Telescope (FAST) milik China yang mempunyai lebar 500 meter.
Ukuran itu membuatkan FAST menjadi teleskop radio terbesar di dunia dan mendapat julukan Mata Langit.

Teleskop itu mula meneroka luar angkasa untuk mencari signal radio yang dapat mengesan kehidupan di luar Bumi pada 2019.

Teleskop tersebut menyiarkan data yang dirakam itu pada 2020.

Para peneliti menjelaskan, mereka melihat beberapa pita frekuensi kecil mencurigakan iaitu signal radio yang biasanya digunakan oleh pesawat dan satelit.

Namun menurut mereka, signal tersebut juga boleh dihasilkan oleh makhluk asing.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat tanggapan sebegitu dan harus melakukan analisis dengan berhati-hati hingga selesai.

“Ini adalah beberapa signal elektromagnetik pita kecil yang berbeza dari masa lalu,” kata penyelidik dari Universiti Beijing, Zhang Tongjie.

Pada tahun ini, semasa memantau planet di angkasa, teleskop FAST berjaya mengesan signal frekuensi pita kecil lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI