fbpx

Ebit bantu ibu, anak hidup di jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu dan anak lelaki yang hidup di jalanan yang dibantu Ebit Lew.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati membantu seorang ibu dan anaknya yang hidup di jalanan.

Ebit melalui perkongsiannya di Facebook berkata, wanita berkenaan menyara dirinya dan anaknya dengan mengambil upah membersihkan rumah.

“Menangis terjumpa seorang ibu dan anaknya tinggal di jalanan. Beberapa kali saya terjumpa kakak ni tidur disini bersama anaknya.

“Anak ini sekarang kerja oncall bila orang panggil bersihkan rumah. Pernah mampu sewa bilik beberapa bulan sahaja,” katanya.

Ebit berkata, dia amat bersyukur dapat bertemu semula dengan wanita berkenaan bagi membantunya.

“Syukur hari ini masa pusing Kuala Lumpur tadi dapat jumpa di sini. Kami hadiahkan bilik untuknya. Bawa beli baju dan mainan. Anaknya aktif sangat. Suka dapat hadiah.

“Masa dapat masuk bilik tempat tinggal menangis kakak ni. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ustaz bagi bilik. Belikan baju dan belikan mainan. Semuanya dari Allah. Allah sayang kakak dan anak ini,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna memuji tindakan Ebit yang membantu membela nasib wanita tersebut.

“Syukur Alhamdulillah semoga Allah SWT melindungi dan merahmati ustaz Ebit Lew terus membantu mereka yang kurang mampu. Aaminn ya Rabbal Alamin,” kata Zuraida.

“Terima Kasih Ebit Lew tolong orang dalam kesusahan. Baik hati. Harap dapat tolong lagi banyak yang memerlukan. Semoga tuhan berikan kamu kesihatan yang baik dan harta untuk membantu lebih ramai insan memerlukan,” kata Jessica.

“Selamat pagi ustaz, baru bangun terus ternampak post ustaz ni, bahagia sungguh rasa hati ni bangun sahaja terus nampak kebaikan, terima kasih ustaz kerana tidak pernah berhenti sebar kebaikan ya, semoga ustaz terus kuat untuk membantu mereka yang memerlukan,” kata Adrian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI