fbpx

Minta izin ibu sebelum muat naik kandungan – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN gambar percutian Nabila di Terengganu baru-baru ini dikecam netizen kerana dikatakan tidak sensitif dalam menjaga aurat sebagai seorang wanita.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui dia akan meminta kebenaran daripada ibunya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perkongsian termasuk gambar di dalam media sosial.

Menurut Nabila, dia tidak akan memuat naik apa-apa kandungan sekiranya tidak mendapat keizinan daripada ibunya, Shamsidah Abd. Rahman agar tindakannya itu kelak tidak melanggar sensitiviti umum.

“Selepas menerima kecaman berhubung baju renang yang dipakai menerusi Direct Messege (DM), saya segera bertanya ibu.

“Ibu sendiri tidak ada masalah kerana itu adalah baju mandi dan bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan pada masa tersebut,” katanya.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata, jika ahli keluarganya menyifatkan penampilannya tidak sesuai, dia akan segera memadam gambar tersebut dalam akaun media sosialnya.

Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata, baju renang yang dipakainya diperbuat daripada fabrik tebal dan tidak menampakkan auratnya.

“Saya yakin material baju renang itu cukup tebal dan langsung tidak menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Saya dah lali dengan benda ini (kecaman) semua.

“Saya faham mereka prihatin dan terima kasih atas teguran tetapi berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan jangan sampai membabitkan keluarga kerana itu sudah melampau,” katanya lagi.

Terdahulu, gambar Nabila mengenakan pakaian renang ketika bercuti di sebuah pulau peranginan di Terengganu menjadi kecaman netizen kerana menyifatkan penyanyi itu tidak sensitif dengan aurat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI