fbpx

Dibenci di Korea Selatan, Soo-ah disayangi di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONG SOO-AH

AKTRES Hong Soo-ah sedang meniti tangga populariti di China selepas mula aktif mengembangkan karier lakonan di negara tersebut.

Populariti yang ditempanya kini banyak dipengaruhi keputusannya melakukan perubahan pada wajah dengan menjalani proses pembedahan plastik pada beberapa bahagian.

“Memang benar wajah saya disukai peminat di China selepas saya buat pembedahan plastik pada bahagian kelopak mata dan beberapa bahagian lain. Agensi saya di China meminta berbuat demikian,” ujarnya.

Biarpun kehadirannya diterima di China, namun tindakannya mengubah wajah tidak disenangi khalayak di negaranya sendiri.

“Saya dapat banyak reaksi dingin daripada peminat di Korea Selatan. Ramai yang kata wajah saya cantik sebelum pembedahan. Tapi saya tak dapat buat apa-apa mengenainya,” katanya.

Tidak menghiraukan kritikan diterimanya, Soo-ah sebaliknya gembira kerana diterima baik di China dan menganggap wajah baharu membolehkannya membawa pelbagai watak dalam lakonan.

“Saya rasa puas hati sekarang. Saya rasa wajah lama hanya buatkan saya diberi watak pembantu. Sekarang dengan wajah ini, saya boleh dapat macam-macam watak di Korea dan China,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI