fbpx

Brendan Gan pacu ‘pesta gol’ Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDAN (kiri) meledak gol pertama Selangor ketika pasukan itu menewaskan Sarawak United 7-0 kelmarin. – FB SELANGOR FC

KETIKA seluruh negara masih meraikan kejayaan Harimau Malaya menamatkan penantian layak ke Piala Asia secara merit, aksi yang dipamerkan Brendan Gan pada penampilan semula­nya selepas disahkan mengidap kanser testis seakan melengkapkan kisah hebat bola sepak negara.

Selepas membuktikan dirinya sebagai pemain yang berjiwa kental, keputusan pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner menyenaraikan Brendan dalam kesebelasan utama nyata berbaloi ketika pemain itu memulakan ‘kenduri gol’ Selangor untuk membelasah Sarawak United 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Pe­taling Jaya, kelmarin.

“Hari yang cukup beremosi buat diri saya selepas mengharungi tahun yang agak sukar. Bukan senang untuk kembali dan bermain tetapi nyata ia beri ke­puasan, namun ini bukan peng­akhiran,” kata Brendan.

Pada perlawanan itu, Brendan membuka jaringan buat Selangor seawal minit ketujuh, manakala bintang import, Herlison Caion meledak hatrik, sementara tiga lagi gol Selangor dijaringkan oleh Nor Hakim Hassan, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dan Hyuri Henrique.

Menceritakan sumbangan yang diberikan Brendan pada aksi kelmarin, Feichtenbeiner akui pemain itu berhak mendapat pujian selepas berhempas pulas untuk mengatasi masalah kesihatan dihadapinya.

“Tiada siapa yang lebih berhak kecuali Brendan. Sejak beberapa bulan lalu dia buktikan dirinya tidak pernah berputus asa dan sentiasa bekerja keras untuk kembali bermain.

“Memang dia lalui tempoh yang agak sukar, tetapi dia sudah tunjukkan kepada kita. Selepas mendahului 3-0, saya fikir saya perlu rehatkannya dan harap dia mampu tampil lebih baik lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI