fbpx

Lelaki Bangladesh maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa terbunuh selepas motosikalnya dirempuh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam pagi tadi.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Mahabub, 37, datang dari arah pekan Bukit Mertajam menuju ke Bulatan Bukit Tengah di sini.

Bagaimanapun katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa jenis Yamaha LC terbabas secara tiba-tiba sebelum dia terjatuh ke laluan bertentangan.

“Secara kebetulan pada masa yang sama juga, sebuah lori telah datang dan melanggar mangsa.

“Mangsa yang juga seorang pekerja pembinaan maut di tempat kejadian dipercayai akibat cedera parah manakala pemandu lori yang berusia 45 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Shafee berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat, manakala jalan raya di kawasan itu rata, lurus dan berturap.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI