fbpx

Amaran ribut petir di Kedah, Pulau Pinang dan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri melibatkan Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga pukul 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran Facebook memaklumkan, bagi negeri Kedah ia melibatkan kawasan Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Perak pula meliputi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar,” ujar MetMalaysia.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI