fbpx

Nasihat Jackie Chan pada Nabil Ahmad kini tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Jangan terlalu kejarkan Oscar (Anugerah Oscar), usaha bersungguh-sungguh sampai masa Oscar akan datang mencari kamu”.

Demikian nasihat pelakon antarabangsa dari Hong Kong, Jackie Chan kepada selebriti negara Nabil Ahmad ketika majlis karpet merah Anugerah Oscar pada 2017 lalu di Amerika Syarikat (AS).

Perkara tersebut diceritakan semula oleh penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal ketika sesi ceramah beliau baru-baru ini.

Jelas Don, kisah tersebut telah diceritakan oleh Nabil kepadanya ketika menjadi pengacara di AS sehingga menjadi sumber inspirasi kepada pengacara serta pelawak terkenal itu.

“Nabil jumpa Jackie Chan ketika majlis tersebut dan terus ditanya Nabil apakah nasihat beliau kepada orang Asia yang menonton secara langsung majlis itu.

“Katanya, jangan terlalu kejarkan Oscar, usaha bersungguh-sungguh dulu sampai masa Oscar akan datang mencari kamu,” jelasnya.

Tambah Don, walaupun itu merupakan pesanan yang ringkas, namun mampu memberi kefahaman yang berguna kepada kita.

“Jika dilihat kepada nasihat tersebut, kita boleh simpulkan jangan terlalu kejarkan kejayaan, jika kita kejarkan kejayaan maka kita akan buat apa sahaja, menipu untuk kejayaan itu.

“Apa yang perlu kita buat adalah menjadi orang berjaya dan dengan sendiri kejayaan tersebut akan mencari kita,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI