fbpx

Polis siasat laporan keluarga pengasas Dnars Skincare

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Faziani Rohban

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan yang dibuat oleh ahli keluarga pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya akan menumpukan siasatan terhadap kebenaran laporan polis dibuat oleh ahli keluarga wanita yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand itu tiga tahun lalu.

Menurutnya, ini kerana, siasatan mengenai kejadian dan kematian arwah Faziani dijalankan di bawah pihak berkuasa Thailand memandang kemalangan tersebut berlaku di negara berkenaan.

“Segala maklumat yang diperoleh akan dihantar ke Wisma Putra dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu siasatan pihak berkuasa di Thailand.

“Sehubungan itu, beri ruang untuk polis menjalankan siasatan. Kita juga tidak mahu masyarakat membuat sebarang spekulasi sendiri selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI