fbpx

Ditemui selepas tiga hari mati bersendirian di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Anuar yang dipercayai meninggal dunia bersendirian di rumahnya di Kampung Lubuk Panjang, Bukit Besi, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka bau busuk dari rumah bersebelahan sejak tiga hari lalu berpunca daripada jirannya yang meninggal dunia di Kampung Lubuk Panjang, Bukit Besi di sini.

Mohd. Rozlan Deraman, 55, yang memberanikan diri menjenguk rumah tersebut telah menjumpai mayat jirannya, Anuar Yusof, 52, yang juga merupakan operator pengeluaran di sebuah kilang kayu di Bukit Besi di sini pada pada pukul 8.30 pagi tadi.

“Pelanggan kedai makan saya mengadu menghidu bau busuk dari arah rumah arwah sejak dua hari lalu. Pagi tadi (semalam), saya dengan ditemani salah seorang pelanggan, Mohd. Redzuan Mohd Zain, 44, telah ke rumahnya untuk menyiasat puncanya.

“Alangkah terkejutnya kami apabila ternampak mayat arwah dalam keadaan terbaring menerusi tingkap rumahnya yang terbuka,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Rozlan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan arwah Anuar yang masih bujang di dalam rumah kayu terbabit pada pagi Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mayat terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.

“Setakat ini, kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI