fbpx

Bas kilang bawa 9 pekerja ke Singapura terbabas rempuh konkrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bas kilang yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah bas kilang yang membawa sembilan orang pekerja terbabas dan terlibat dalam kemalangan di susur Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 5.30 pagi.

Menurut beliau, bas tersebut sedang dalam perjalanan ke Singapura dari Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

“Bas kilang tersebut telah hilang kawalan sebelum merempuh batuan konkrit jambatan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Pemandu bas bersama lima penumpang kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut manakala empat penumpang lain tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI