fbpx

Empat sekeluarga cemas, peralatan memasak steamboat meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan perubatan membawa mangsa yang cedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

KOTA KINABALU – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan detik cemas sewaktu menjamu selera apabila peralatan memasak ‘steamboat’ digunakan meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian di sebuah restoran, di kawasan Alam Mesra di sini kira-kira pukul 9 malam semalam, dua kanak-kanak cedera dan terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 malam sebelum sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa lelaki melecur di tangan dan luka di kaki, manakala mangsa wanita dilaporkan cedera di bahagian tangan.

“Semua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan Ambulans,” katanya dalam kenyataan media hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI