fbpx

Selangor berpesta gol atasi Sarawak United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brendan Gan (kanan) meraikan jaringan pertama Selangor untuk mengetuai pesta gol dengan membelasah Sarawak United 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. /FOTO FACEBOOK Selangor

SELEPAS tersisih daripada pasukan sejak pertengahan tahun lalu, Brendan Gan memastikan kepulangan semulanya membawa impak besar buat Selangor ketika mencetus kemenangan besar 7-0 ke atas Sarawak United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Sebelum ini, pemain warisan negara itu berdepan detik paling mengecewakan apabila disahkan mengidap kanser testis namun pemain kelahiran Australia ini sekali lagi membuktikan dirinya memiliki jiwa pahlawan untuk kembali bangkit mewarnai bola sepak negara.

Seiring dengan tanggungjawabnya selaku kapten, Brendan pantas mencuri tumpuan apabila membuka jaringan buat Selangor seawal minit ke-7.

Tersentak dengan gol pertama tuan rumah, Sarawak United meningkatkan asakan sebaliknya minit ke-23, tuah lebih memihak kepada Red Giants yang memperoleh jaringan kedua menerusi Hyuri Henrique.

Ketika aksi babak pertama seakan berakhir dengan dua gol, seorang lagi bintang import Selangor, Herlison Caion turut mencetak nama selaku penjaring gol sekaligus meletakkan tuan rumah makin selesa 3-0.

Tuan rumah hanya memerlukan lima minit di babak kedua untuk mengukuhkan kedudukan apabila Nor Hakim Hassan pamer ketenangan untuk meledak gol keempat Selangor.

Walaupun ketinggalan empat gol, pemain Sarawak terus pamer semangat juang sebaliknya, minit ke-74, gawang mereka sekali lagi bocor menerusi ledakan padu Caion dalam kotak penalti.

Minit ke-88, Caion akhirnya berjaya melengkapkan hatrik buat dirinya ketika menghadiahkan gol keenam Selangor diikuti jaringan ketujuh menerusi pemain gantian, Aliff Haiwal Lokman Hakim Lau pada masa kecederaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI