fbpx

Ada kes jenayah, Himchan tetap buat konsert di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIMCHAN

MENGELIRUKAN. Demikian respons netizen selepas mengetahui penyanyi Himchan akan mengadakan konsert solo biarpun kini dia sedang berdepan beberapa kes serangan seksual.

Dia difahamkan akan mengadakan konsert Himchan Tokyo Live Week di Tokyo, Jepun pada 12 hingga 24 Julai depan.

Sedangkan, nama penyanyi itu sedang panas selepas dia berdepan satu lagi pertuduhan melakukan serangan seksual ketika masih dalam proses rayuan untuk satu kes membabitkan perkara sama yang difailkan pada 2019.

Kejadian terbaru melaporkan, dua wanita memfailkan saman terhadap Himchan pada April lalu selepas dia didakwa melakukan serangan seksual di tangga luar sebuah bar.

Salah seorang mangsa merupakan wanita warga asing dan mendakwa Himchan yang dalam keadaan mabuk ketika itu cuba meraba payudara salah seorang dari mereka.

Terdahulu pada 2019, bekas anggota kumpulan B.A.P itu dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Pada Februari tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan selepas dia didapati bersalah. Namun, Himchan membuat proses rayuan dan sepatutnya menghadiri perbicaraan kedua pada bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI