fbpx

Adibah Noor sempat 7 kali kemoterapi – Abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABANG Adibah Noor yang mahu dikenali sebagai Angah memaklumkan penyanyi itu sempat menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tujuh kali bagi merawat kanser ovari tahap empat yang dihidapnya,

KUALA LUMPUR – “Dia baru beritahu kami beberapa bulan lalu kerana dia sendiri pun lambat tahu tentang penyakitnya.”

Demikian pengakuan abang kandung Allahyarham Adibah yang hanya ingin dikenali sebagai Angah mengenai penyakit kanser ovari yang dihidapi penyanyi Terlalu Istimewa itu.

Sama seperti orang lain, Angah juga baru beberapa bulan dimaklumkan tentang penyakit barah adiknya itu.

Kata Angah, sudah tertulis ajal Adibah meskipun dia sudah melakukan yang terbaik demi melawan penyakitnya, termasuk mendapatkan rawatan kemoterapi sebanyak tujuh kali.

“Rawatan dan pembedahannya sudah berjalan lancar. Tetapi rezeki (ajal) dia sudah begitu, kita sebagai manusia pun tidak tahu. Baru-baru ini, kami ada keluar makan bersama, dia boleh berjalan, makan dan sebagainya.

“Khamis lalu, kami diberitahu dia melakukan sesi kemoterapi kali keenam atau ketujuh, saya tak begitu pasti. Dos pun lebih sedikit untuk membuang sel kanser,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap tentang peribadi adiknya, Angah memaklumkan, Allahyarham seorang yang peramah dan sangat mesra terutama dengan saudara-mara.

“Dengan anak-anak saudara dia memang baik. Pesannya selalu belajar baik-baik,” katanya.

Semalam, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd. Omar, 51, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akibat penyakit kanser ovari tahap empat pukul 7.40 malam.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Keramat, Kuala Lumpur, pukul 11.30 pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI