fbpx

Hati-hati terbit kandungan, elak masyarakat berbalah – Tengku Sarafudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Sarafudin bertitah pada Istiadat Menyembah Tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-80 di Istana Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah semua pihak terutama pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya tidak menerbitkan kandungan yang mengandungi fakta tidak sahih dan berunsur fitnah kerana dikhuatiri mampu mencetuskan perbalahan dalam masyarakat.

Baginda bertitah, golongan tersebut perlu berhati-hati sebelum menerbitkan sebarang kandungan untuk tatapan pengikut masing-masing.

“Jangan cipta kandungan yang tidak sahih faktanya dan berunsur fitnah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat hanya akan merugikan semua pihak.

“Kandungan yang dikongsi berupaya menghiburkan dan meluaskan pengetahuan para penonton, jadi amat merugikan sekiranya manfaat yang ternyata wujud dikorbankan demi kandungan tidak sahih dan sengaja dicipta untuk mengganggu perhubungan sesama rakyat,” titah Raja Muda Kedah.

Baginda bertitah pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-80 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Titah Tengku Sarafudin, dalam era kebangkitan media sosial pada ketika ini, senario dan cabaran memupuk semangat perpaduan jauh berbeza berbanding dahulu.

“Kadangkala dengan berita yang tidak sahih dan berunsur fitnah boleh membawa kepada tercetusnya perbalahan yang akhirnya mengguris kesejahteraan seterusnya menyebabkan ketegangan dalam kehidupan bermasyarakat,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI