fbpx

Adibah Noor terlalu istimewa, rakan simpan amanah rahsia sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAN artis berkongsi kesedihan meratapi pemergian Adibah Noor.

PETALING JAYA – Pemergian mengejutkan anak seni serba boleh, Allahyarham Adibah Noor meninggalkan kesan emosi yang cukup kuat, bukan sahaja kepada seluruh peminat bahkan rakan artis yang tidak putus-putus melayangkan ucapan takziah sehingga trending dalam media sosial sejak malam tadi.

Permata seni .yang murah senyuman, peramah kelakar dan penyayang itu nyata terlalu istimewa di semua termasuklah para pemimpin negara.

Sebaik sahaja disahkan menghembuskan nafas terakhir, barulah rakan-rakan terdekat sedia berkongsi rahsia di sebalik keceriaan yang selama ini tersimpan di sebalik jiwa kental Adibah melawan melawan kanser dalam tubuhnya.

Perkara yang sama diakui penyanyi Ani Mayuni yang menyifatkan Allahyarham sebagai Kak Long kepada semua peserta Gegar Vaganza musim lapan (GV8). Kehilangan Adibah meninggalkan impak besar kepada mereka.

Katanya, bukan niat merahsiakan penyakit yang dideritai Adibah, sebaliknya mereka mengunci mulut daripada mendedahkan perkara itu disebabkan menyimpan amanah.

“Terima kasih kerana berkongsi kasih sayang dengan kami. Perkenalan dari pentas Gegarvaganza 8 menyatukan kami sebagai keluarga besar yang sentiasa berkongsi suka duka.

“Kita berbual dalam grup WhatsApp berbincang pasal lagu raya, Kak Dib (panggilan untuk arwah) paling teruja dan mahu  semuanya sukses. Alhamdulillah projek lagu raya Suasana Di Hari Raya Famili Kita direalisasikan dengan sempurna.

“Cuma sedihnya ketika pelancaran kakak tak dapat hadir disebabkan faktor kesihatan dan sedang menjalani rawatan di hospital. Semua rakan media bertanya kenapa Kak Dib tak datang.

“Walau berat hati kami terpaksa beritahu kerana faktor kesihatan dan Kak Dib sampaikan salam kerana tidak dapat turut bersama. Hanya itu yang kami mampu beritahu rakan media.

“Sedangkan kami tahu kakak sedang menjalani rawatan susulan kanser pada waktu itu. Kami terpaksa kunci mulut,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di di Kuala Lumpur sekitar pukul 6.30 petang semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Bagi aktor dan pengarah, NamRon, kali terakhir mereka bergandingan adalah ketika penggambaran filem Eraser pada Februari lalu, namun hanya tahu mengenai keadaan Adibah bulan lalu.

Pemilik nama Shahili Abdan, 52, itu berkata pemergian Adibah pasti dirindui ramai kerana tiada galang ganti dirinya dalam industri hiburan tanah air.

“Bulan Februari lalu, kami berlakon dalam Eraser sebagai suami isteri. Bulan lepas, Datuk Zainal Abidin memberitahu saya yang Adibah disahkan mengidap kanser dan selamat menjalani pembedahan pada Ramadan lalu.

“Sebenar tadi (malam) saya dapat berita menyedihkan dia kembali mengadap ilahi. Kita kehilangan seorang penghibur penuh kasih sayang dan disenangi semua yang pernah berkerja bersamanya.

“Kehilangan yang takkan ada penganti. Innalilahiwainnalillahirojiun semoga beliau tenang di sana,” katanya.

Seorang lagi teman selebriti, Datin Sofea Jane pula menggambarkan Adibah sebagai insan yang bijak, cantik dan lantang mengeluarkan pendapat.

“Hakikatnya saya tersentuh dengan kesungguhannya yang tetap kuat bekerja beberapa hari lalu sebelum meninggal dunia,” luahnya.

Hari ini, jenazah dibawa ke Masjid Al Ansar, Keramat sekitar pukul 9 tadi untuk dimandi dan dikafankan seterusnya disempurnakan untuk urusan solat jenazah.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Keramat Permai sekitar pukul 11 pagi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI