fbpx

Hampir 5 juta penduduk India jadi pelarian akibat krisis iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Lima juta penduduk India kehilangan tempat tinggal akibat krisis perubahan iklim dan bencana pada 2021. - AFP

NEW DELHI –  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa hampir lima juta penduduk di India menjadi pelarian dalam negara sendiri akibat krisis perubahan iklim dan bencana alam lain pada 2021, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut laporan tahunan Trend Global oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), sejumlah 100 juta orang di seluruh dunia terpaksa meninggalkan rumah mereka tahun lalu akibat pelbagai faktor antaranya keganasan, pencabulan hak asasi manusia, kekurangan makanan, krisis iklim, perang di Ukraine dan beberapa kecemasan lain.

Situasi itu berlaku dari Benua Afrika hingga ke Afghanistan.

Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman (IDMC) pula menyatakan, terdapat 23.7 juta pelarian dalam negara di seluruh dunia akibat bencana alam pada 2021. Ini tidak termasuk perpindahan dalaman disebabkan konflik dan keganasan.

Angka itu mewakili penurunan tujuh juta atau 23 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata laporan itu.

“Perpindahan terbesar dalam konteks bencana alam berlaku pada 2021 berlaku di China (6.0 juta), Filipina (5.7 juta) dan India (4.9 juta). Kebanyakan insiden pelarian dalam negara sendiri pada tahun berkenaan dalah bersifat sementara,” jelas laporan itu.

Majoriti penduduk yang berpindah kembali ke tempat asal mereka tetapi 5.9 juta orang di seluruh dunia kekal menjadi pelarian akhir tahun lalu akibat bencana, tambah laporan sama.

UNHCR berkata, bilangan pelarian dalam negara sendiri telah meningkat saban tahun sepanjang dekad yang lalu dan berada pada tahap tertinggi sejak rekod kategori tersebut disimpan. 

Dalam pada itu, menjelang akhir 2021, mereka yang kehilangan tempat tinggal dan menjadi pelarian akibat perang, keganasan, penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia berjumlah 89.3 juta orang, meningkat lapan peratus berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah tersebut juga lebih dua kali ganda lebih besar berbanding angka 10 tahun lalu, kata laporan itu.

“Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan krisis pelarian terbesar sejak Perang Dunia dan seterusnya mendorong angka tersebut  melebihi 100 juta orang,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI