fbpx

Pengganas guna pen pistol di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KABUL – Polis di Kabul me­ngumumkan rampasan sejumlah pen pistol dengan menyatakan kumpulan penjenayah dan pemberontak menggunakan senjata kecil itu dalam kejadian pembunuhan di sekitar ibu kota Afghanistan, Kabul sejak beberapa bulan lalu.

Objek senjata berbentuk silinder dengan peluru tunggal itu kelihatan seperti sebatang pen biasa dan mudah dibawa tanpa dikesan.

“Ia seperti pen dengan butang tekan, penembak meletakkan peluru di dalam kartrij, membuat sasaran dan menekan butang untuk lepaskan tembakan,” kata seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Kabul tanpa mendedahkan namanya.

Minggu lalu, polis mendedahkan penemuan 48 batang pen pistol dalam satu rampasan senjata termasuk bom lekit untuk ditampal di bawah kenderaan dan diletupkan menggunakan alat kawalan jauh atau pemasa.

“Pengganas menggunakan senjata ini dalam sasaran pembunuhan kompleks di kawasan ibu kota,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Arian.

Peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan memburukkan lagi keadaan di Kabul yang kini berdepan masalah ketenteraman awam, rompakan, penculikan dan pembunuhan di tempat awam.

Keganasan kini termasuk kes sasaran pembunuhan ke atas aktivis keamanan, golongan akademik dan kakitangan kerajaan.

“Lebih 40 orang terbunuh dalam kes sasaran pembunuhan sejak tempoh enam bulan lalu di Kabul,” kata pegawai sama.

Beliau berkata, beberapa serangan dibuat menggunakan sejenis senjata yang tidak diketahui pihak berkuasa, dipercayai pen pistol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI