fbpx

Pegawai penguat kuasa minta rasuah RM1,000 direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 32 tahun dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Lokap Berpusat Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas mahkamah membenarkan perintah reman selama sehari pagi tadi.

PUTRAJAYA – Seorang pegawai penguat kuasa ditahan reman selama sehari kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM1,000 sebagai balasan untuk memulangkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang pekerja.

Menurut sumber, perintah reman bermula hari ini sehingga esok itu dikeluarkan Majistret Syafiqah Noorinda ketika permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Lokap Berpusat Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi tadi.

“Suspek yang berusia 32 tahun itu telah ditahan di sekitar Sentul, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 malam semalam.

“Suspek dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM1,000 daripada seorang pemilik kedai sebagai balasan untuk memulangkan kad UNHCR pekerjanya yang diambil semasa pemeriksaan dilakukan di kedai itu pada 17 Mei lalu kerana disyaki sebagai penagih dadah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI