fbpx

NSL: Misi wajib menang Negeri Sembilan Venom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEGERI Sembilan Venom enggan mengambil mudah pertemuan menentang Melaka Mystic ketika mereka memerlukan kemenangan untuk kekal dalam saingan NSL musim depan.

NEGERI Sembilan (NS) Venom enggan menjadi mangsa kejutan Melaka Mystic menjelang aksi terakhir liga sepusingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Melaka ketika ini masih belum merekodkan sebarang ke­menangan daripada enam perlawanan dan hampir pasti tersingkir daripada NSL musim depan.

Sudah tentu Melaka mahu menutup kempen musim ini dengan sekurang-kurangnya satu kemenangan tatkala NS Venom juga perlu meraih keputusan sama untuk kekal beraksi di NSL musim depan.

Goal shooter NS Venom, Dayang Hafzlizawatie Datu Muhammar, 23, menggesa rakan sepasukannya agar meningkatkan aspek penyudah.

“Kami sedikit lemah di bahagian serangan kerana bola susah turun dekat shooter, selain penyudah juga perlu diperkemaskan lagi.

“Melaka sebuah pasukan yang ‘mistik’ kerana mereka boleh bermain. Jadi, kami perlu berikan tentangan yang hebat dan baiki segala kesalahan ke­rana kami wajib menang perlawanan ini,” katanya.

Jurulatih NS Venom, Nur Hidayah Mustafar mengharapkan anak-anak buahnya dapat menunjukkan intensiti permainan tinggi sama ketika menentang Selangor Angels meskipun tewas 36-44 hujung minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI