fbpx

67,944 unit kediaman projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Sky Awani 3 diiringi oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika Majlis Penyerahan Kunci kepada Pemilik Unit Residensi Sky Awani 3, Setapak di sini hari ini. - FOTO: AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebanyak 67,944 unit kediaman di bawah projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia telah mendapat kelulusan pembinaan sehingga bulan Mei tahun ini.

Katanya, ia melibatkan 104 projek di Wilayah Persekutuan dengan sebanyak 97 buah projek di Kuala Lumpur, tiga projek di Putrajaya dan empat projek di Labuan.

“Selain itu, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) turut memperkenalkan program baharu, iaitu rumah untuk disewa sebagai transit yang dikenali sebagai Council Home.

“KWP menyasarkan pembinaan sebanyak 5,000 unit Council Home dalam tempoh 5 tahun antara tahun ini hingga 2027,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Kunci Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di Residensi SkyAwani 3, Setapak di sini hari ini.

Menurutnya, program itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 menyewa mengikut kemampuan sebelum mampu membeli rumah sendiri.

Katanya, kerajaan sentiasa memastikan kediaman yang ditawarkan kepada Keluarga Malaysia memenuhi keperluan semasa serta persekitaran yang selesa, kondusif, mesra keluarga serta praktikal selain mampu dimiliki sejajar dengan wawasan Satu Keluarga Satu Rumah.

“Kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 serta Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) telah menggariskan langkah-langkah segera dan jangka panjang untuk merealisasikan hasrat tersebut.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah memperkenalkan program Home Ownership Programme (HOPE) bagi melihat ekosistem lebih menyeluruh dalam penyediaan perumahan, pembiayaan perumahan serta program-program yang dapat membantu Keluarga Malaysia untuk memiliki rumah sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI