fbpx

Rambut anak Sharifah Sakinah kena ejek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMBUT keriting anak Sakinah, Anais menjadi bahan ejekan netizen.

SEJAK mendirikan rumah tangga buat kali kedua, nama Sharifah Sakinah sudah kurang diperkatakan dalam kalangan netizen terutama berkaitan isu panas.

Dia kini seperti sangat bahagia dengan keluarga kecilnya termasuk anak perempuan, Anais Adha.

Namun, di sebalik kebahagiaan tersebut, ada netizen bermulut lahar yang mengecam dan mengkritik penampilan khususnya gaya rambut Anais dalam sebuah video TikTok.

“Terkejut aku, nak sikat rambut budak itu kejap?” kata netizen.

“Rasanya mi itu dah masak,” ejek seorang pengguna Instagram.

Mungkin bagi mereka nampak kelakar, tetapi ironinya perbuatan mengejek penampilan seorang kanak-kanak adalah satu tindakan biadab.

“Yang komen penampilan anak orang, berhentilah dan percayalah kifarah itu wujud,” pesan seorang netizen.

Bagi Diva, rambut Anais unik dan lain dari yang lain. Sepatutnya perlu dipuji bukannya diejek.

Hentikanlah sikap menghentam kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja, risau nanti semua perkara jahat berbalik pada diri sendiri.

DIVA: Dengarnya ramai beri respons positif untuk filem Mat Kilau. Tahniah!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI