fbpx

Liverpool setuju lepaskan Sadio Mane ke Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE dilaporkan bakal menyertai Bayern selepas Liverpool bersetuju dengan tawaran nilai perpindahan yang diberikan. – AFP

LIVERPOOL – Liverpool dilaporkan sudah bersetuju untuk melepaskan pemain tengahnya, Sadio Mane apabila menerima tawaran berjumlah £35.1 juta (RM188.90 juta) daripada Bayern Munich.

Selepas menolak dua tawa­ran yang dikemukakan sebelum ini, Liverpool akhirnya akur apabila menerima tawaran se­banyak £27.4 juta (RM147.46 juta), bayaran tambahan berdasarkan penampilan sebanyak £5.1 juta (RM27.45 juta) dan £2.6 juta (RM13.99 juta) lagi berdasarkan persembahan individu dan berpasukan.

Pengarah Sukan Bayern, Ha­san Salihamidzic yang menge­tuai rundingan tersebut sedar mengenai keinginan Mane untuk menyertai mereka menyebabkan mereka meletakkan harga ter­akhir untuk membawa pemain itu adalah sebanyak £42.5 juta (RM228.72 juta).

Biarpun terpaksa melepaskan Mane yang enggan menerima kontrak baharu, Liverpool masih mampu menuai keuntungan hasil penjualan tersebut apabila mereka hanya membayar seba­nyak £31 juta (RM166.83 juta) ketika membawanya ke Anfield dari Southampton.

Sepanjang berada di Anfield, Mane telah berjaya meledak 90 gol untuk Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris dan 120 gol secara keseluruhan selain berjaya menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Kehilangan pemain itu me­nyaksikan pengendali The Reds, Jurgen Klopp perlu mencipta gandingan baharu selepas berjaya menghasilkan trio Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Mane yang dianggap paling berbahaya dan berjaya membantu Liverpool menjulang gelaran EPL apabila menamatkan penantian 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, Liverpool dilaporkan berjaya menandata­ngani penyerang Benfica, Dar­win Nunez yang dianggap se­bagai pengganti Mane dengan bayaran gaji sebanyak £140,000 (RM753,000).

Pemilihan Nunez dianggap lebih ekonomi buat Liverpool berbanding mempertahankan Mane selepas pemain itu mahukan gaji mingguan lebih tinggi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI