fbpx

Bintang Arsenal, Granit Xhaka terlibat skandal perjudian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA (kiri) dilayangkan kad kuning ketika menentang Leeds apabila melengah-lengahkan masa untuk mengambil sepakan percuma. – AFP

LONDON – Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka dilaporkan sedang disiasat oleh Agensi Jenayah Nasional berhubung skandal perjudian selepas menerima kad kuning mencurigakan ketika menentang Leeds United musim lalu.

Persatuan Bola Sepak (FA) England telah dimaklumkan mengenai insiden yang menyebabkan Xhaka dilayangkan kad kuning ketika Arsenal menewaskan Leeds 4-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road pada 18 Disember lalu.

Ia selepas wujud kecurigaan terhadap satu pertaruhan yang luar biasa dengan jumlah £52,000 (RM279,846) ke atas Xhaka sekiranya dia dilayangkan kad kuning pada 10 minit terakhir meskipun Arsenal memenangi aksi itu.

Insiden itu benar-benar terjadi apabila kapten Switzerland itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Andre Marriner kerana sengaja melengah-lengahkan masa untuk mengambil sepakan percuma pada minit ke-86.

Pertaruhan yang dilakukan dalam sebuah laman web perjudian itu mengena dan memboleh­kan pengguna berkenaan me­raih pulangan sebanyak £250,000 (RM1.34 juta).

Difahamkan, FA masih belum membuat sebarang siasatan ke atas tingkah laku Xhaka, tetapi difahamkan badan induk itu telah menyerahkan segala maklumat kepada agensi berkenaan.

Pemain berusia 29 tahun itu mempunyai rekod disiplin teruk bersama Arsenal apabila me­nerima 10 kad kuning selain turut diarahkan keluar padang seba­nyak dua kali sepanjang kempen musim lalu.

Jika disabit kesalahan, hukuman berat boleh dikenakan se­perti diterima pemain pertahanan Lincoln City, Bradley Wood yang digantung enam tahun sejak 2018 selepas didapati bersalah sengaja menerima dua kad kuning. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI