fbpx

Salah faham punca lelaki warga emas bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga emas nekad membakar rumahnya sendiri berikutan perselisihan faham berkaitan rumah tangga dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan malam tadi. - Foto: Ihsan Bomba

KENINGAU – Seorang lelaki warga emas nekad membakar rumahnya sendiri berikutan perselisihan faham berkaitan rumah tangganya dalam kejadian di Kampung Kiukad Lotong, Tambunan malam tadi.

Ekoran tindakan lelaki berusia 62 tahun berkenaan turut memusnahkan sebuah kereta miliknya selain melecur 40 peratus pada badannya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon dari orang awam pada pukul 10.36 malam sebelum memaklumkan kepada pihak bomba bagi operasi memadam kebakaran.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit telah berselisih faham dengan isterinya sehingga sanggup membakar rumahnnya sendiri.

“Akibat daripada itu, badan mangsa melecur 40 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah dan sebuah kenderaan jenis Isuzu D Max.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI