fbpx

Jururawat ‘berTikTok’ dalam NICU, diminta mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas KKM meminta agar individu yang merakam video bayi di dalam NICU untuk tampil membuat permohonan maaf segera.

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang individu dipercayai jururawat memuat naik sebuah video dengan menggunakan suara latar yang mengandungi bahasa ‘carut’ mengundang perasaan kurang senang orang ramai.

Difahamkan rakaman tersebut diambil di dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dengan memperlihatkan keadaan seorang bayi yang sedang menerima rawatan fototerapi akibat masalah demam kuning.

Kecewa dengan tindakan individu terbabit, seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital tampil membuat teguran dan berkongsi pendapatnya berhubung kejadian tersebut.

Beliau yang menggunakan akaun @the.dressar menyifatkan tindakan jururawat berkenaan bukan sahaja dianggap biadab, namun ia telah mencemarkan nama baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

“Kepada jururawat yang buat dan muat naik video tersebut, tolong buat permohonan maaf dan tolong buat sesuatu yang boleh meredakan kemarahan orang awam.

“Awak dah bagi satu tanggapan buruk dan tak baik terhadap institusi KKM, tindakan awak dah melanggar etika, dengan kapsyen begitu, muzik latar yang tidak sesuai,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya mana-mana individu yang ingin aktif menggunakan aplikasi media sosial, seharusnya memanfaatkannya kepada perkara yang lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI