fbpx

Naik bot, tunggang motosikal 22 km untuk petrol percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abam Peah (dua dari kanan) mengisi petrol sebuah motosikal pada Program Minyak Motosikal Percuma di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KUALA KRAI – Seorang penoreh getah sanggup menaiki bot selama 45 minit sebelum menunggang motosikal sejauh 22 kilometer semata-mata untuk mengisi petrol percuma dalam program anjuran syarikat kosmetik, Abam Peah Holding Sdn. Bhd. (Abam Peah) di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya di sini hari ini.

Che Ibrahim Che Wan, 53, dari Kampung Mambong di sini menaiki botnya seawal pukul pukul 8 pagi tadi untuk menjadi antara salah seorang daripada 1,000 peserta dalam Program Minyak Motosikal Percuma itu.

Katanya, dia membawa motosikal jenis Honda C70 miliknya menaiki bot dengan berbekalkan dua botol kosong masing-masing berkapasiti 1.5 liter untuk mengisi petrol yang dibekalkan oleh pihak penganjur.

“Saya mengetahui mengenai majlis ini selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang melihat hebahan program menerusi media sosial sejak empat hari lalu.

“Ini merupakan peluang buat saya untuk meringankan bebanan kewangan. Ini kerana, saya perlu membeli petrol berharga RM10 setiap hari untuk diisi ke dalam bot dan motosikal sebelum keluar menoreh getah,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Program Minyak Motosikal Percuma di sini hari ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Abam Peah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai dan ia terhad kepada 1,000 buah motosikal terawal sahaja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI