fbpx

El Salvador berkas hampir 42,000 suspek gengster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA tentera dan pengawal keselamatan berkawal di luar penjara La Esperanza, San Salvador pada 17 Mei lalu. - AFP

SAN SALVADOR – El Salvador memberkas hampir 42,000 suspek penjenayah sejak Mac lalu selepas Presiden Nayib Bukele melancarkan perang terhadap kumpulan penjenayah yang mengganas di negara berkenaan, kata peguam negara kelmarin.

Bukele mengumumkan darurat susulan hujung minggu berdarah yang menyaksikan 87 orang terbunuh dalam keganasan melibatkan geng-geng penjenayah.

Sejak itu, polis dan tentera dikerah untuk menangkap suspek anggota kumpulan penjenayah dengan menggunakan kuasa khas darurat tanpa memerlukan waran tangkap.

Negara kecil rantau Amerika Tengah itu juga meningkatkan hukuman penjara terhadap keanggotaan geng penjenayah sebanyak lima kali ganda kepada 45 tahun.

“Angka terakhir menunjukkan sekitar 41,846 tangkapan telah dibuat,” kata Peguam Negara, Rodolfo Delgado kepada stesen televisyen pemerintah.

Lebih 8,500 orang pula dihadapkan ke mahkamah dengan 456 suspek dibebaskan selepas perbicaraan hari pertama kerana kekurangan bukti, tambahnya.

Sejumlah 33,258 yang lain dikenakan ‘tahanan bersyarat’ untuk tempoh awal selama enam bulan dan boleh dilanjutkan.

Penahanan besar-besaran itu adalah di luar jangkaan. El Salvador yang mempunyai 6.5 juta penduduk, menderita selama berdekad-dekad akibat jenayah keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan berkuasa seperti Mara Salvatrucha (M-13) dan Barrio 18.

Dua geng penjenayah itu memiliki sekitar 7,000 anggota dengan kebanyakan mereka kini berada di penjara, demikian menurut pihak berkuasa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI