fbpx

WFP sediakan baucar makanan untuk wanita hamil di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA-WANITA hamil menunggu untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di Colombo pada 9 Jun lalu. - AFP

COLOMBO – Program Makanan Sedunia (WFP) kelmarin mula menyediakan bantuan makanan kepada beribu-ribu wanita hamil di Sri Lanka yang terbeban akibat krisis ekonomi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku krisis makanan di mana berjuta-juta orang memerlukan bantuan selain menyatakan, empat daripada lima individu mula berlapar kerana tidak mampu membeli makanan.

WFP bertindak menyediakan 2,000 baucar makanan di daerah-daerah yang terjejas di Colombo.

“Apabila mula berlapar, mereka (ibu hamil) membahayakan kesihatan diri sendiri dan anak dalam kandungan” kata timbalan pengarah serantau WFP untuk Asia dan Pasifik, Anthea Webb.

Negara Asia Selatan itu mula mengalami kekurangan bekalan makanan, ubat dan bahan api berikutan rizab mata wang asing yang berkurangan dan kelemahan tadbir urus kerajaan.

Disebabkan kekurangan bahan api yang semakin meruncing, kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan cuti tambahan dan mengarahkan semua sekolah ditutup pada setiap hari Jumaat bagi menjimatkan penggunaan diesel dan petrol.

Usaha WFP dalam menyokong tiga juta rakyat Sri Lanka yang menderita akibat kenaikan harga itu termasuk pengeluaran baucar tunai bernilai AS$40 (RM175).

Organisasi PBB itu berharap dapat menjana dana AS$60 juta (RM263.78 juta) untuk operasi bantuan makanan antara Julai hingga Disember tahun ini.

WFP berhasrat untuk membantu sejuta anak muda mendapatkan sekurang-kurangnya sekali makan di sekolah dan menyediakan makanan berkhasiat untuk berjuta-juta bayi dan wanita. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI