fbpx

Perenang Chile pecah rekod berenang 3 batu nautika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barbara Hernandez bergambar bersama sijil Guinness World Records yang diterimanya. – Facebook

SANTIAGO – Seorang pere­nang wanita Chile menerima pengiktirafan Guinness World Records selepas berenang sejauh 3 batu nautika (5.55 kilo­meter) antara Lautan Pasifik dan Atlantik di Cabo de Hornos, selatan negara itu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Barbara Hernandez meme­cahkan rekod dunia pada Februari lalu dengan berenang sejauh satu batu nautika atau 1.85 kilometer (km) dalam masa 15 minit dan tiga saat.

Dia turut menerima anugerah Persatuan Renang Perairan Terbuka Dunia kerana menjadi orang pertama pernah berenang sejauh tiga batu nautika antara dua lautan.

“Saya teruja kerana menjadi seorang perenang adalah impian saya sejak dari kecil.

“Keluarga adalah kekuatan saya, mereka ialah orang yang paling penting dalam hidup ini. Saya ingin berkongsi penca­paian ini bersama keluarga dan mereka di luar sana bahawa kita boleh melakukan perkara yang mampu memberi kesan positif kepada orang lain.

“Ia akan mendorong kita untuk memberikan yang terbaik. Untuk kita bermimpi dan membina impian itu,” kata Hernandez.

Pakar psikologi berusia 36 tahun yang juga digelar sebagai ‘puteri duyung ais’ itu berkata, dia mahu semua rakyat Chile berasa seolah-olah pencapaian itu adalah milik mereka bersama.

Hernandez dipantau dengan rapi oleh Tentera Laut Chile semasa melakukan percubaannya. Dia tidak dibenarkan menerima bantuan, berhenti untuk berehat atau memakai sut neoprene iaitu sut selam yang memberikan perlindungan haba ketika basah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI