fbpx

Real Madrid tolak Haaland sebab tidak sebagus Benzema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND menjadi satu pembaziran buat Real susulan penyerang Norway itu tidak akan berada dalam kesebelasan utama sebab tidak sebagus Benzema. – AGENSI

MADRID – Presiden kelab Real Madrid, Florentino Perez mendedahkan punca utama pasukannya tidak menandatangani khid­mat penyerang muda sensasi, Erling Haaland adalah disebabkan pemain itu tidak sebagus kap­ten pasukan, Karim Benzema.

Difahamkan, Haaland yang juga penyerang antarabangsa Norway telah menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah tetapi mengambil keputusan untuk menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Kata Perez, Haaland adalah seorang pemain yang bagus tetapi satu kerugian jika mendapatkan khidmatnya andai peluang dalam kesebelasan tipis.

“Buat masa ini, penyerang terbaik dunia masih milik Benzema dan mustahil untuk pasukan membuat pembaziran menandatangani khidmat Haaland seandainya dia tidak boleh diletakkan dalam kesebelasan utama.

“Situasi berbeza dengan Kylian Mbappe kerana semua orang tahu kita terdesak untuk mendapatkan khidmatnya memandang­kan dia bukanlah pemain di posisi No.9 yang sejati seperti Haaland atau Benzema,” katanya.

Mengulas mengenai kegagalan mendapatkan Mbappe yang memilih untuk kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG), Perez mengakui agak ralat dengan situasi tersebut memandangkan pemain antarabangsa Perancis itu sudah memberikan jaminan awal untuk sertai The Galacticos.

“Kita sudah bersetuju secara lisan dengan Mbappe tetapi dia membuat pusingan U pada saat akhir dengan memilih untuk kekal. Pasukan tiada kuasa se­perti PSG yang boleh memberikan tawaran luar biasa untuk Mbappe menentukan hala tuju mereka sepanjang tempoh kontrak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI