fbpx

Manchester United harus letak sasaran juara EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG perlu pastikan United mampu mencabar diri untuk memberi tentangan kepada Manchester City dan Liverpool pada saingan EPL musim depan. – AGENSI

MANCHESTER – Legenda Manchester United, Mikael Silvestre menggesa pasukan itu mele­takkan sasaran juara menjelang saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) meskipun ia adalah perkara sukar.

Beliau percaya sasaran tersebut mungkin tidak masuk akal buat pengurus, Erik ten Hag yang akan mengharungi musim pertama bersama United, namun ia mampu menjadi pembakar semangat buat para pemain.

The Red Devils mengharungi musim yang cukup mengecewakan pada saingan 2021/22 apabila gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara selepas menamatkan sai­ngan liga di tempat keenam.

“United perlu menjadikan kejuaraan liga sebagai sasaran utama mereka pada musim baharu nanti. Saya tahu ia bukan sesuatu yang realistik tetapi mereka le­takkan sasaran setinggi mungkin.

“Pasukan ini perlu mencabar diri untuk memberi tentangan kepada Manchester City dan Li­verpool. Memang ia sukar tetapi itulah mentaliti yang diperlukan jika mahu kembali menjadi kuasa besar,” kata Silvestre.

Difahamkan, Ten Hag sedang memantau pasaran perpindahan pemain bagi mengenal pasti pemain-pemain yang akan dibawa masuk ke Old Trafford dalam usaha mengembalikan era ke­gemilangan United.

Sebagai rekod, United tidak pernah memenangi sebarang gelaran liga sejak pengurus terdahulu, Sir Alex Ferguson mengambil keputusan untuk bersara pada 2013 sebelum ia didominasi City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI