fbpx

Liga Perdana akan ada Big Seven – Boehly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOEHLY percaya semua pasukan ada peluang muncul juara Liga Perdana memandangkan setiap pasukan ada kekuatan tersendiri dari segi kualiti pemain dan kewangan. – AFP

LONDON – Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly percaya sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi lebih sukar selepas Newcastle United diambil alih konsortium yang diketuai Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF).

Beliau berkata, Newcastle hanya memerlukan sedikit masa untuk mengubah lanskap Liga Perdana yang popular dengan pasukan Big Six menjadi Big ­Seven dengan kehadiran mereka.

Justeru, Boehly menegaskan, semua pasukan memiliki peluang untuk menjadi juara Liga Perdana memandangkan setiap pasukan ada kekuatan tersendiri dari segi kualiti pemain dan kewangan.

“Big Six akan menjadi Bix Se­ven selepas Newcastle me­meterai perjanjian dengan Arab ­Saudi. Mereka akan menyertai enam pasukan lain menjadi pa­sukan pilihan dalam saingan liga nanti.

“Apa yang pasti, persaingan akan menjadi lebih sukar dan setiap pasukan berpeluang untuk mencabar kejuaraan liga. Sudah tentu kami perlu memperkasakan pasukan menjelang musim baharu,” katanya.

Sebagai rekod, enam pasukan tradisi seperti Arsenal, Manchester City, Liverpool, Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspur merupakan Big Six kerana sentiasa mendominasi kelompok enam teratas liga.

Sementara itu, Boehly dijangka berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini sebagai sokongan kepada pengurus The Blues, Thomas Tuchel yang sedia membentuk pasukan terbaik menjelang kempen 2022/23. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI