fbpx

Rintangan penuh berliku menanti Kedah Sunshine – Izyan Syazana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZYAN SYAZANA (kiri) mengharapkan keajaiban berlaku ke atas pasukannya untuk menang dan terselamat daripada zon penyingkiran NSL 2022.

KEDAH Sunshine mengharapkan keajaiban pada aksi terak­hir mereka dalam kempen Sooka Netball Super League (NSL) 2022 menentang Perak Phoenix di Stadium Juara, Bukit Kiara malam ini.

Skuad bimbingan Huslina Hussain itu wajib menang ke atas Perak Phoenix selain terpaksa mengharapkan ihsan Melaka Mystic untuk mencipta kejutan menewaskan Negeri Sembilan (NS) Venom esok.

Ia dilihat amat mencabar kerana Kedah Sunshine pernah tewas kepada Perak Phoenix musim lalu selain situasi Melaka Mystic yang masih gagal mencatat sebarang kemenangan sepanjang enam perlawanan mereka.

Bagaimanapun, kap­ten Kedah Sunshine, Izyan Syazana Mohd. Wazir enggan ‘pening kepala’ memikirkan mengenai perkara itu kerana fokus mereka hanya satu iaitu menang ke atas Perak Phoenix.

“Susah kalau perlu mengharapkan bantuan pasukan lain. Sekarang kami sendiri yang perlu berusaha untuk menang dan kemudian barulah kita lihat bagaimana.

“Berdasarkan aksi Perak menentang Pahang minggu lepas, saya dapat rasakan ada peluang kerana kekuatan kami boleh dikatakan seimbang dengan mereka,” kata­nya.

Perak Phoenix pula pastinya mahu me­nutup kempen musim ini dengan kemenangan memandangkan mereka sudah tidak berpeluang untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.

Sebagai rekod, dua pasukan ter­corot liga yang yang ketika ini dihuni pasukan Kedah Sunshine dan Melaka Mystic bakal tersingkir daripada beraksi dalam saingan NSL pada musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI