fbpx

Acuna azam buru tempat Sevilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACUNA berazam untuk memburu tempat dalam kesebelasan utama Sevilla menjelang aksi menentang Bayern awal pagi esok. – AFP

BUDAPEST – Pemain pertahanan baharu Sevilla, Marcos Acuna berharap dapat diletakkan dalam kesebelasan utama bagi membantu pasukan menahan asakan Bayern Munich menjelang aksi Piala Super Eropah di Stadium Arena Puskas, Budapest awal pagi esok.

Sebagai rekod, Acuna telah dibeli daripada pasukan Spor­ting Lisbon bagi menggantikan posisi bek kiri, Sergio Reguilon yang sebelum ini beraksi secara pinjaman daripada pasukan Real Madrid.

Acuna yang juga pemain antarabangsa Argentina percaya Sevilla mempunyai peluang untuk mengulangi pencapai­an cemerlang terutama selepas berjaya menjulang trofi Liga Europa dengan menewaskan Inter Milan bulan lalu.

Kata Acuna, Sevilla merupakan pasukan yang cukup berkualiti di bawah bimbingan Julen Lopetegui yang terkenal dengan falsafah dan taktikal bola sepak moden.

“Saya sangat gembira apabila akhirnya dapat menyertai pasukan hebat seperti Sevilla. Ini adalah peluang untuk saya membuktikan keupayaan beraksi di tahap tertinggi dengan bimbingan jurulatih berpe­nga­ruh seperti Lopetegui.

“Secara jujur, saya tidak meletakkan harapan untuk terus berada dalam kesebelasan uta­ma pada aksi Piala Super Eropah kerana sedar masih ada rakan-rakan pasukan yang lebih senior di sini.

“Namun, jika diberikan kepercayaan, saya pasti melakukan yang terbaik bagi mengekang asakan Bayern,” kata pe­main berusia 28 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI