PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar yang memuat naik perkongsian keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kepada keluarganya menerusi WhatsApp berjaya mencuri perhatian orang ramai yang memuji reaksi bapanya terhadap keputusan anaknya.
Menurut gadis tersebut yang dikenali sebagai Nurasyiqin, dia memohon maaf kerana tidak berjaya memperolehi keputusan yang baik dan berdoa agar suatu hari nanti dapat membahagiakan kedua ibu-bapanya.
Hasilnya, Ikin memperoleh gred 1B 2C 2D dan 2G bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kali ini.
Lebih teruja apabila bapanya memberikan reaksi yang positif selain memberikan kata-kata positif kepada anaknya.
“Kau dah cuba mana yang dapat je. Sekurang-kurangnya jaga akhlak dan maruah. Taat pada ibu bapa,” pesan bapanya dalam nota suara.
Susulan daripada perkongsian itu, pengguna di media sosial memuji dengan sikap bapanya yang sentiasa positif dan mendoakan kesejahteraan anaknya.
“Bestnya dapat ibu-bapa yang sentiasa menyokong anak walau apa jua keadaan,” komen seorang pengguna.
“Awak berjaya Ikin. SPM bukan penghalang untuk berjaya. Semoga berjaya,” kata Ieqa.
“Tak apa. SPM bukan segala-galanya. Itu baru satu permulaan. Usaha, doa, tawakal dan dengar kata ibu bapa. InsyaAllah berjaya dunia akhirat,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE