fbpx

PFP bakal tanding PRU-15 di Pulau Pinang, Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patrick Ooi

GEORGE TOWN – Penang Front Party (PFP) mengesahkan bakal bertanding di Pulau Pinang dan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Pengerusi PFP, Datuk Patrick Ooi berkata, pihaknya menyasarkan untuk meletakkan calon terdiri daripada muka lama dan baharu di 10 kawasan iaitu lapan di Pulau Pinang manakala dua di Kedah.

”Kami mensasarkan dua kerusi Parlimen di Alor Setar dan Kulim di Kedah selain dua kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

“Selain itu, kita jangka enam kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang akan ditandingi adalah di kawasan pulau di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Parti PFP ditubuhkan pada tahun 2014 bagi menentang DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan PRU-14 merupakan penampilan sulung parti itu dalam PRU.

Pada PRU-14, PFP bertanding di 12 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen di Pulau Pinang namun kalah di semua kerusi yang ditandingi.

Menurut Ooi, pihaknya juga sedang merancang untuk mengadakan perbincangan dengan wakil dari parti pembangkang atau parti kerajaan untuk menjalin kerjasama pada PRU-15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI