fbpx

Hujan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuma beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak mengalami hujan pagi ini.

Keadaan cuaca di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia pagi ini pula dijangka baik tanpa berlaku hujan.

“Perak mendung. Tiada hujan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan di satu dua tempat di Tawau dan Sandakan di Sabah. Sarawak hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI