fbpx

Hujan lebat di KL, Pahang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dilaporkan melanda beberapa negeri iaitu Kedah, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga lewat malam nanti.

“Di Kedah melibatkan Sik manakala di Pahang hanya tertumpu di Jerantut.

“Selain itu, di Selangor pula membabitkan Gombak dan Hulu Langat serta keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur.

Jelasnya, bagi di sebelah selatan, turut terlibat iaitu Jelebu di Negeri Sembilan dan Kluang di Johor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI