fbpx

Doktor gigi pakai kostum pembantu rumah tenangkan pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian kostum pembantu rumah dapat membantu pesakit mengurangkan rasa takut ketika berjumpa dengan doktor gigi. – Soranews

TOKYO – Sebuah klinik pergigian di Jepun mencetuskan idea unik menampilkan kakitangan yang memakai kostum pembantu rumah seperti  sering dipaparkan dalam komik dan animasi bagi mengurangkan ketakutan pesakit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Doktor gigi dan pengarah Akiba Dental Clinic di Tokyo, Dr. Joji Yukawa berkata, caj perkhidmatan  tetap sama.

“Saya berpendapat bahawa terdapat ramai orang takut untuk berjumpa doktor gigi sehingga ada yang fobia berkaitan masalah pergigian.

“Jadi, saya berasakan pesakit boleh membina hubungan baik dengan kakitangan klinik kami. Amat bagus sekiranya pesakit dapat berjumpa dengan doktor gigi yang bukan sahaja memeriksa gigi mereka, bahkan yang boleh berbual bersama,” ujarnya.

Tambah Yukawa, perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemutihan gigi, rawatan kaviti dan pembersihan gigi. Namun, beliau sedang mempertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan khusus, di mana pesakit boleh sekadar mengunjungi klinik untuk berbual dengan kakitangan yang memakai uniform pembantu rumah.

“Jika pesakit hanya ingin berbual, ia adalah sesuatu yang tidak dilakukan oleh doktor gigi biasa, jadi, saya belum membuat keputusan mengenai perkara itu,” jelasnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI