fbpx

Polis kesan waris lelaki berusia 50-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS menemui cebisan tulang dan tengkorak lelaki berusia 50-an di kawasan hutan Taman Rimba, Teluk Bahang di sini 24 Disember tahun lalu

BALIK PULAU – Polis Daerah Barat Daya sedang mengesan waris seorang lelaki dipercayai berusia 50-an yang tengkorak dan tulangnya ditemui di kawasan hutan Taman Rimba, Teluk Bahang di sini.

Menurut kenyataan polis, cebisan tulang dan tengkorak berkenaan dijumpai pada 24 Disember tahun lalu di hutan berkenaan.

”Siasatan mendapati tiada pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian dan ia dipercayai milik seorang lelaki berusia 50-an setelah disahkan oleh pakar forensik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka dan mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Sarjan Mejar Othman Hamid di talian 016-453 6373 untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI