fbpx

Iman Troye, PTTI beri ganjaran pelajar SPM gred D ke A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN TROYE

PETALING JAYA – Ibarat memberi semangat, penyanyi yang juga duta pusat ilmiah, PTTI iaitu Iman Troye berbesar hati menawarkan RM300 kepada 10 pelajar yang mendapat peningkatan keputusan daripada gred G ke A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 diumumkan hari ini.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, ibu bapa atau pelajar yang menepati syarat tersebut boleh menebus ganjaran dengan menghantar mesej peribadi ke akaun Instagram rasmi @pttionline berserta bukti slip keputusan SPM.

“Walaupun nilai RM300 itu tidak sebesar mana tetapi saya yakin setiap usaha itu pasti beroleh kebaikan dan ganjaran.

“Bukan mudah untuk belajar dan menempuhi peperiksaan pada era pandemik Covid-19 tetapi yang berjaya dapat keputusan cemerlang ini, mereka membuktikan kesungguhan tersebut tanpa prejudis.

“Jadi, cepat-cepatlah ke Instagram @pttionline dan mesej mereka untuk menuntut ganjaran itu. Ingat, hanya 10 terawal yang saya dan PTTI cari,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Teman itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada pelajar SPM 2021 yang berjaya membanggakan diri dan keluarga.

Tambahnya, dia juga enggan melihat mereka yang tidak berjaya putus asa kerana kegagalan pada usia sekarang bukanlah penamat segala-galanya.

“Seperti yang kita baca dan maklum, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2021 memperoleh keputusan semua A.

“Seramai 71,842 calon atau 18.80 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus.

“125,454 calon pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran. Seramai 43,703 calon bersamaan 11.44 peratus memperoleh keputusan kombinasi gred dan 0.43 peratus atau 1,655 calon memperoleh keputusan semua gagal,” katanya.

Untuk rekod, seramai lebih 5,247 pelajar PTTI mendapat keputusan SPM 2021 hari ini dan rata-ratanya mendapat peningkatan keputusan mendadak.

Iman yang terkenal menerusi lagu Nang itu juga pernah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM 2019 serta mendapat anugerah dekan di universiti.

Kini, dia sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan muzik di sebuah universiti awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI